ANJUNG SISWA KE SERI ISKANDAR
PELAJAR MUSLIM MEMBUAT 200 DALAM PERJALANAN KE ASRAMA
KMPK sememangnya sebuah kolej Matrikulasi sangat cantik bagi saya.
setelah beberapa minggu berada di kolej ini,saya telah berkenalan dengan pelbagai kawan yang berlainan latar belakang yang sememangnya amat menarik.
Di sini saya ingin menceritakan tentang seorang sahabat yang saya cukup kagum dengan sifat2 yang ada padanya,
Namanya "Syamil"(bukan nama sebenar). Dia seorang ahli JJM yang aktif.
Kebetulan pada suatu hari,sya terserempak dengan Syamil yang ingin pulang ke asrama seri Iskandar.Lalu terjadilah perbualan diantara kami.
Syamil bertanya kepada saya"kau tau x kita boleh buat 200 hanya dalam perjalan ke asrama"
jadi,saya pun mendengar dengan telili.
Syamil berkata"aku dh lama perati sahabat2 kita,ketika berjalan ke asrama,mereka akan membuka whatapps,melayari internet dan membuka facebok",
sedangkan pada masa itu mereka boleh membuat amal ibadat,iaitu bersalawat.
satu kali bersalawat kepada Rasulullah,ALLAH akan bersalawat kepada kau sebanyak 10 kali.
(sya yg kebetulan sedang bermain whatapps,terus menyimpan henfon)
Angka “200” itu hanya untuk menarik perhatian pembaca, jika
bercerita tentang kekayaan dunia dan harta, pasti ramai ingin tahu bagaimana
caranya dan ramai akan mencuba buat “RM”200. Siapa tak nak kerja 20 minit
dapat RM200 kan? Orang lain kerja 1 jam baru dapat RM6.
Tapi bila sebut ganjaran Allah yang ramai sedia tahu, berapa
ramai agaknya buat dan pernah buat? Sementara RM200 itu pun langsung tidak
tepat dan terlalu sedikit nilainya untuk dibandingkan dengan 1 kali selawat.
Saya amat terkesan dengan kata-katanya,mulai hari itu,saya cuba unuk membuat seperti yang dinasihatkannya.
sampai disini sahaja cerita saya,
semoga Anda menjadi seorang Muslim yang "Luar Biasa" di KMPK disamping berjaya dalam MISI mencapai pointer [ 4.0 ]
|
No comments:
Post a Comment